Home / Artikel / Gerhana Matahari Menurut Rasulullah SAW
gerhana-matahari

Gerhana Matahari Menurut Rasulullah SAW

Gerhana matahari akan terjadi pada tanggal 9 Maret 2016. Fenomena alam ini tidak terjadi setiap tahun, fenomena alam ini langka. Gerhana matahari bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.
Gerhana matahari berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.
 .
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

عنابنمسعودالانصارقال: قالرسولاللهصلىاللهعليهوسلم : (إنالشمسوالقمرآيتانمنآياتالله. يخوفبهماعباده. وَاِنَّهُمَالاينكسفانلموتِأحدمِنَالنَّاسِ. فإذارأيتممنهاشيئا. فصلواوادعوااللهيكشفمابكم.
“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”
.
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana Matahri ini  berdasarkan banyak hadis berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّالشَّمْسَوَالقَمَرَآيَتَانِمِنْايَاتِاللهِلاَيَخْسِفَانِلِمَوتِأَحَدٍوَلاَلِحَيَاتِهِ،فَإِذَارَأَيْتُمْذلِكَفَادْعُوااللهَوَكَبِّرُواوَتَصَدَّقُواوَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”

About pkskabbogor

Check Also

IMG-20170515-WA0087

Puasa, Tinggalkan Perbuatan yang Tidak Berguna

Esensi puasa adalah meninggalkan perbuatan yang tidak berguna. Demikian dikatakan Ustadz Aji Asyhari dalam ceramahnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *